( KUMPULAN HADIST ) NASIHAT RASULULLAH
SAW KEPADA KAUM WANITA :
1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik
perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
2)
Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi
kaum lelaki, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan
zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ah
mad, Thabarani dan Hakim)
3)
Dikawini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah
yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
4) Wanita apabila ia
sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan
serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia
kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
5)
Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk
suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat,
tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
6) Apabila lari seorang
wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia
kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat
dari Hassan).
7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung
di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya
beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya
(serta menjaga sembahyang dan puasanya).
Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang
berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan
tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari
bakaran api neraka.
9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di
dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu
dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di
dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai
suaminya dan mengadapnya.
10) Ya Fatimah, jika seorang wanita
meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan
mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi
Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah
taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan
dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
11)
Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat
dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya
selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada
malamnya.
12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya
setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
13)
Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.